Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Wednesday, March 31, 2010

Bengkel Kefahaman Mengenai Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam

Sabtu, 13 Mac 2010 yang telah lalu, sekumpulan Mahasiswa dan Mahasiswi dairpada Program Diploma Perguruan Ugama (usuluddin) 08, telah menjayakan sebuah bengkel & kefahaman mengenai aqidah dengan usahasama bersama Sekolah Ugama Pantai Berakas.  Tujuan utama bengkel ini adalah bagi sama-sama memberikan kefahaman mengenai aqidah terutama dikalangan murid-murid sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam ini.  Disamping itu juga projek ini merupakan sebuah projek yang diselangarakan oleh Mahasiswa dan Mahasiswi sendiri sebagai perisian salah sebuah kursus yang sedang mereka jalani.  Sasaran utama bengkel ini adalah murid-murid Sekolah Ugama Pantai Berakas dan juga guru-guru sekolah berkenaan yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 150 orang peserta.


Sekitar Majlis Pembukaan

Sambutan Yang Diberikan Sangat Menggalakkan

Bengkel Telah Disampaikan Oleh Ustaz Hj Mustazan Bin Maidin, Ustaz Saiful Azhar Bin Hj Ramle dan Ustazah Jaitun Bte Hj Tuah.

Guru-guru Dan Murid-murid Mengambil Kesempatan Untuk Bertanya Beberapa Soalan

Diantara Bahan Pameran Yang Dipamerkan Pada Hari Berkenaan.

Murid-murid Tidak Melepaskan Peluan Untuk Menyakiskan Pameran Tersebut.

Mini Kuiz Juga Diadakan Pada Hari Berkenaan Dan Hadiah-Hadiah Disampaikan
Oleh  Cikgu Sintan Bte Nordin , Guru Besar Sekolah Ugama Pantai Berakas.

Penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada KUPU SB kepada Pihak Sekolah Berkenaan.

Sunday, March 28, 2010

Kemeriahan Pembukaan Sukan Tahunan KUPU-SB

Sabtu, 27.03.2010. Sukan Tahunan Kali Ke 3 kini bermula. Hadir untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan tersebut ialah Yang Mulia, Dr Hj Abdullah Bin Hj Awg Lampoh, Pemangku Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.  Pada tahun ini 4 buah rumah-rumah sukan akan berentap untuk merebut gelaran Johan Keseluruhan bagi kejohanan tersebut. 4 buah rumah yang dimaksudkan ialah Darul Makmur (Rumah Biru), Darussalam (Rumah Hijau), Darul Hana (Rumah Kuning) dan Darul Izzah (Rumah Merah).  Pada hari tersebut juga telah diserikan lagi dengan perlawanan futsal persahabatan diantara Pasukan Pensyarah-pensyarah dengan Pasukan Ketua-ketua Rumah.  Perlawanan tersebut telah dimenangi oleh Pasukan Pensyarah dengan jaringan 3-2. "Bersukan Untuk Kesihatan Dan Kecerdasan Otak"


kemeriahan suasana sukan tahunan



Wednesday, March 24, 2010

Forum Bersempena Sambutan Maulidirrasul

Tajuk Forum : Nabi Muhammad S.A.W pujaan hati kita
bertempat diSurau lelaki KUPUSB

Tetamu kehormat,Pendaftar KUPUSB, Ustaz Yahya bin Apong (tiga dari kiri)

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Pg. Omarali(dua dari kiri)

 panel pertama


pengurusi

 ahli panel yg ke-2(kiri) dan panel ke-3(kanan)


penyampaian cendera hati kepada ahli panel
Majlis yang berlangsung di Surau Siwi KUPU SB pula...




para ahli panel dan pengerusi.





penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta forum.

Monday, March 15, 2010

Peserta Qariah KUPU SB Mengharumkan Nama KUPU SB

Buat julung-julung kalinya Universiti Islam Sultan Sharif Ali  (UNISSA) menganjurkan Musabaqah Tilawah Al Quran, Hafazan Dan Tafsiran. Bagi Institusi-institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam, bagi tahun 1431H bersamaan 2010M sempena Ulang tahun ke 3 penubuhan UNISSA, yang telah berlangsung di Dewan Raya Radio Television Brunei.

Alhamdulillah pihak KUPU SB telah pun menghantar 2 peserta yang terdiri daripada Awg Mohamad Nordin Bin Hj Mohammad sebagai peserta Qari dan Dayang Fairuz Audadi Bte Hj Abu Bakar sebagai peserta Qariah.

Kedua-dua peserta tersebut telah berjaya mengharumkan nama KUPU SB iaitu bagi peserta Qari telah mendapat tempat ke 3  dan peserta Qariah pula telah diumumkan sebagai Johan pertandingan tersebut bagi kategori Siswi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta tersebut.


Gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu pertandingan dijalankan






Johan Qariah
Yang Mulia,
Dayang Fairuz Audadi Binti Hj Abu Bakar
Mahasiswi Tahun 2, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Jurusan Usuluddin.

Johan Qariah Membawa Pulang Hadiah:
Wang Tunai $1000, beserta piala, sijil penyertaan dan 1 pakej umrah.


Tempat Ke 3


Yang Mulia,
Awg Mohamad Nordin Bin Haji mohammad
Mahasiswa Tahun 2, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Jurusan Usuluddin.