Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Friday, April 30, 2010

Lawatan sambil berekreasi ke Kg. Pudak

Terletak dalam gagasan Pulau Berambang yang berkeluasan 19.34 hektar sekelompok Pulau Berambang. Gagasan Pulau Berambang adalah antaranya Kg. Pudak, Kg. Menunggol, Kg. Riyong dan Sungai Bunga Tanjong Kidana.

Lawatan sambil berekreasi adalah pertama kali di adakah ke kampong tersebut dengan anjuran bersama Prograrm DTPU 08, JawatanKuasa Informasi dan Publisiti serta JawatanKuasa Sukan dan Rekreasi Persatuan Pelajar KUPU SB 09/10. Turut menyertai aktiviti tersebut ialah Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar KUPU SB.

Kenali Negara Kitani




Thursday, April 29, 2010

Majlis Perasmian Badan Fikrah Fakulti Usuluddin



Diantara Mahasiswa dan Mahasiswi yang hadir..






Doa dibacakan oleh Mahasiswa DTPU Usuluddin Tahun 2,
Tajuddin bin Haji Mohamad.


Ucapan daripada wakil tetamu kehormat,
Dekan Fakulti Usuluddin, Ustazah Norasimah binti Haji Omar.



Acara ini juga diteruskan dengan pemberian surat lantikan ahli jawatankuasa bagi Badan Fikrah Fakulti Usuluddin.


Monday, April 19, 2010

Makluman Majlis Malam Penghargaan Kursus Induksi Kepimpinan

Majlis Malam Penghargaan Dan Penyampaian Sijil
Kursus Induksi Kepimpinan Kali Ke 3
Persatuan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

Tarikh:
7 Jamadilawal 1431h bersamaan 21 April 2010m.

Masa:
7.45 malam.

Tetamu Kehormat:
Dr. Haji Abdullah Bin Haji Awg Lampoh
Pmk. Raes
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Tempat:
"Pelangi Hall"
Riverview Hotel

Wednesday, April 14, 2010

Kempen menderma darah









Majlis Ceramah Bersama Ra'es KUPU SB

Majlis ini telah berlangsung pada hari rabu, 21 Rabiulakhir 1431H bersamaan dengan 7 April 2010M,
yang mana bertempat di Surau Siswi KUPU SB.

Majlis Ceramah ini bertajuk
" Akhlak Muslimah Menuju Kecemerlangan Kerohanian "


Ucapan daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar,
Ustazah Hajah Norwati binti Haji Abu Bakar.




Yang Mulia Ra'es KUPU SB,
Ustazah Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim




Pensyarah-pensyarah yang hadir.






diantara mahasiswi yang hadir.


penyampaian cenderahati kepada Ra'es KUPU SB.

Sunday, April 11, 2010

Penutup Sukan Tahunan Kali Ke 3 bagi tahun 2010

Ahad, 11.04.2009, Dengan rasminya sukan tahunan kali ke 3 KUPU SB telah pun melabuhkan tirainya. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Hj Abdullah Bin Hj Awg Lampoh, Pemangku Raes KUPU SB.

Acara dimulakan dengan perbarisan lalu pasukan rumah-rumah yang bertanding iaitu dimulai oleh Rumah Darul Hana (Kuning), diikuti Rumah Darul Makmur (Biru), Rumah Darul Izzah (Merah) dan Rumah Darussalam (Hijau).  Setelah itu bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai, dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Zulkifli Bin Hj Zakaria, Dekan Fakulti Syariah. Acara seterusnya ucapan alu-aluan daripada Mohamad Shahrol Azmi Bin Hj Abd Muluk, YDP MPP & PPKUPU SB sessi 2009/2010 dan setelah itu Ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis yang juga berkesudian untuk merasmikan penutupan sukan tahunan tersebut.

Acara utama pada hari berkenaan adalah  perlawanan bola sepak akhir diantara rumah Darul Izzah bertemu dengan rumah Darussalam yang berkesudahan Rumah Darul Izzah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0.  Pada hari tersebut juga beberapa aktiviti suka ria dapat diungkayahkan khas untuk pensyarah-pensyarah dan kakitangan KUPU SB sebagai penyeri majlis.

Pada tahun ini juara keseluruhan adalah disandang oleh Rumah Darul Hana, manakala Rumah Darul Izzah mendapat naib juara dan rumah Darul Makmur mendapat tempat ketiga. Rumah Darussalam pula menduduki tempat keempat.

Bacaan Surah Al Fatihah, Dipimpin oleh
Yang Mulia Ustaz Zulkifli Bin Hj Zakaria
Dekan Fakulti Syariah

Ucapan Alu-aluan Daripada YDP

Ucapan Dari Tetamu Kehormat Majlis dan Seterusnya Menutup Sukan Tahunan KUPU SB kali ke 3,
Yang Mulia Dr Hj Abdullah Bin Hj Awg Lampoh,
Pemangku Raes KUPU SB

Darul Hana (Kuning)

Darul Makmur (Biru)

Darul Izzah (Merah)

Darussalam (Hijau)

Tetamu Kehormat Majlis Bersalaman dengan Pemain-pemain bola sepak


Pasukan Darul Izzah Dinobatkan Sebagai Juara Bola Sepak Antara Rumah-rumah Sukan Tahunan KUPU SB kali ke 3


Pasukan Rumah Darussalam


Di antara aksi-aksi menarik.

Kesungguhan para pemain jelas terpancar pada wajah mereka.

Wah Ustaz Zul....menggunakan sepakan berbahayanya...


Acara Sukan Ria Dikalangan Pensyarah DiMulakan......

Diantara Pensyarah-pensyarah yang hadir untuk memeriahkan Sukan Tahunan pada tahun ini.

Pensyarah-pensyarah lelaki sedang asyik menyaksikan perlawanan Bola Sepak Akhir.

Tiup babu maria..tiup bu.....tiup sampai pacah...

Bah sedia....1...2....3...lari...

Dekan HEP Ustazah Hjh Norwati tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam sukan ria tersebut.





Masa untuk mengira sapa yang manang...


Acara membawa bola ping pong dengan sudu



Tetamu Kehormat juga berkesempatan untuk menyertai sukan ria yang dianjurkan.

Imam Hj Razak bersedia untuk beraksi

Acara meniup belon hingga pecah bagi pensyarah-pensyarah lelaki










Acara Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang



Jumpa lagi pada sukan Tahunan kali ke empat 2011 yang akan datang......