Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Friday, September 24, 2010

Aktiviti Kenali Negara Kitani

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa dan seminggu cuti syawal yang telah dilalui, kini Mahasiswa/i KUPU SB khususnya Mahasiswa/i yang tinggal di kolej kediaman telah mula mengadakan aktiviti-aktiviti riadah bagi mengisi masa yang terluang pada hari jumaat.  Aktiviti Kenali Negara Kitani merupakan pertama setelah bermulanya musim perkuliahan bagi sessi 2010-2011.  Aktiviti Kenali Negara Kitani ini merupakan aktiviti yang memberikan peluang kepada Mahasiswa/i KUPU SB untuk mengenali lebih dekat lagi Kampong-kampong yang terdapat di negara Brunei Darussalam.  Pada kali ini, kampung-kampung yang di jejaki adalah bermula daripada Kg Tamoi, Kg Bendahara Lama, Bandar Seri Begawan, Kg Sungai Kedayan, Kg Ujung Bukit dan beberapa kawasan sekitar KUPU SB sendiri.

Aktiviti ini di ketuai oleh Yang Mulia Ustaz Karhan Bin Hj Jait serta di bantu oleh beberpa AJK MPP PP KUPU SB sendiri.  Aktiviti ini bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 9 pagi.


Sessi Pemanasan Badan 

Perjalanan Bermula.... 

Melintasi Kawasan KUPU SB 

Perjalanan Melalui Titian Kg Air

Menuju Bandar Seri Begawan 

Tiba Di Komplex Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah 

Bergambar Ramai Untuk Kenang-kenangan