Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Sunday, January 31, 2010

Projek Amal Khidmat Masyarakat Dimulakan


Jumaat, 22.01.2010. Seramai lebih kurang 30 orang mahasiswa-mahasiswa dari KUPU SB bersama-sama dengan Majlis Perundingan Kampong, Kampong Tanjong Bunut dan juga AJK Takmir Surau Kampong Tanjong Bunut telah membuat aktiviti membersihkan tanah perkuburan Islam "Si Payau" Kampong Tanjong Bunut. Aktiviti ini merupakan projek Persatuan Pe;ajar KUPU SB yang bertemakan "Aktiviti Amal Khidmat Masyarakat" iaitu bagi sama-sama menyumbangkan tenaga mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB di dalam berkhidmat untuk masyarakat iaitu sebagai aktiviti luaran disamping mempelajari ilmu yang dibekalkan di KUPU SB sendiri.
Persatuan pelajar KUPU SB akan bergiat aktif di dalam memberikan sumbangan-sumbangan khidmat masyarakat bagi sama-sama mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk melihat belia-belia Islam lebih maju kehadapan dan tidak bersifat camah mata.
Diantara Mahasiswa yang menyertai aktiviti tersebut.

Tanah Perkuburan Islam "Si Payau" Kampong Tanjong Bunut

Saturday, January 30, 2010

Kursus Induksi Kepimpinan Kali Ke-3

Alhamdulillah MPP dan PP KUPUSB sessi 2009-2010 telah pun diberi peluang untuk mengikuti dan seterusnya menjalani Kursus Induksi Kepimpinan Kali Ke-3. Yang mana kursus ini merupakan program latihan yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB. Kursus ini mengambil masa selama 3 hari iaitu bermula dari 12hb Januari 2010 hingga 14hb Januari 2010 yang mengambil tempat di tiga lokasi yang berlainan iaitu Dewan Persidangan Mangrove Paradise, Kota Batu, Rumah Persinggahan Belia dan Sukan, Bangar Temburong dan Outward Bound Belalong, Temburong, Brunei Darussalam.


Kursus ini telah melibatkan kesemua AJK MPP dan PP KUPUSB iaitu seramai 21 orang dan ditambah lagi beberapa peserta yang diambil daripada setiap Jawatankuasa yang ada dan juga beberapa orang AJK Takmir Surau KUPU SB yang menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kursus ini seramai 38 orang.


Pihak HEP KUPU SB telah pun menyediakan beberapa bengkel-bengkel yang berbentuk informati dan beberapa aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Program-program yang disediakan adalah bertujuan bagi melahirkan sebuah persatuan yang matang dalam menjalankan tugas berpersatuan. Antara bengkel-bengkel yang telah diikuti adalah seperti "Pengurusan Kewangan Persatuan", "Pengurusan Asas Persatuan Pelajar", "Membina Pemimpin Masa Depan", "Merancang Kegiatan Persatuan" dan "Pengurusan Fail". Selain itu juga beberapa aktiviti telah pun dirancang bagi sama-sama menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Yang mana aktiviti-aktiviti ini telah dilaksanakan di OBBD Belalong. Diantara aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti Aktiviti Kerja Berpasukan, Aktiviti Penyelesaian Masalah dan Aktiviti Uji Ketahanan Fizikal dan Mental Di Air.

Majlis Sambutan Hari Raya Korban


Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha Di Sempurnakan Di Surau KUPU SB.

Proses memotong dan menimbang daging-daging Korban sedang dijalankan.

Majlis Penyerahan Daging-daging Korban Kepada Orang-orang Yang Berhak Menerimanya.


Persatuan Pelajar KUPU SB Anjur Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 / 1430

Sabtu, 10.10.2009M bersamaan dengan 20 Syawal 1430H, Persatuan Pelajar KUPU SB mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh warga KUPU SB yang mana hadir pada majlis tersebut selaku Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Ustazah Dr. Hjh Masnon Bte Hj Ibrahim, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan setelah itu disusuli dengan beberapa acara pentas, antaranya : Persembahan Tausyeh, Persembahan Pentas Siswa Tahun 1 , Persembahan Hadrah daripada siswa tahun 1,2 dan 3. Selain itu juga majlis diserikan lagi dengan cabutan Index bertuah bagi pelajar-pelajar, cabutan nama bertuah bagi pensyarah-pensyarah dan pertukaran hamper. Selain itu juga pada hari tersebut pertandingan pakayan raya 2009 diadakan dan pertandingan meja raya bagi setiap kuliah-kulia. Pertandingan Meja Raya pada tahun ini telah pun dimenangi oleh Jurusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah 08 dengan tema Rumah Raya Morden. Majlis diakhiri dengan acara berkunjung-kunjungan sesama warga KUPU SB yang telah diketuai oleh Yang Mula Dr. Raes.


Yang Mulia Dr Raes, beramah mesra dengan pelajar-pelajar.


Dekan Hal Ehwal Pelajar, menikmati jemuan yang disediakan.


Ustaz Zul usul2nya sedang menikmati jemuan yang ada. Selamat menjamu selira Ustaz.


Pensyarah-pensyarah juga tidak terlepas peluang bagi sama-sama menikmati setiap juadah yang disediakan.


Diantara juadah yang tersedia.



Pemenang Meja Raya 2009
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah 08.

Sisa dan Siswi membuat persiapan terakhir bagi majlis tersebut:

Perjumpaan MPP & PP KUPUSB bersama Raes Buat Kali Pertama



Yang Mulia Ustazah Dr Hjh Masnon Bte Hj Ibrahim, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Memberikan sedikit amanat kepada Perwakilan-perwakilan yang baru dilantik.
Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Hj Rahim Bin Gantang, Pendaftar KUPU SB dan Yang Mulia Ustaz Hj Yahya Bin Apong, Dekan Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB.

Diantara AJK Siswa yang hadir mendengarkan amanat tersebut.
Diantara AJK Siswi yang turut hadir sama pada majlis tersebut



04.11.2009. Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Pelajar KUPU SB sessi 2009-2010 yang baru dilantik mengadakan satu sesi perjumpaan dengan Yang Mulia Ustazah Dr. Hjh Masnon Bte Hj Ibrahim, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Pada majlis tersebut Yang Mulia Dr. Ra'es telah pun mengucapkan perutusan tahniah kepada Ahli-ahli yang baru dilantik dan seterusnya memberikan beberapa amanat kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang baru agar sama-sama berusaha memajukan KUPU SB.