Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Saturday, March 13, 2010

Cuti Semester Di Menfaatkan Sebaik-baiknya.

Alhamdulillah sepanjang cuti pertengahan semester ini, walaupun tempoh cuti tersebut agak pendek, namun ianya bukanlah satu penghalang bagi mahasiswa/i KUPU SB untuk melakukan pelbagai projek ilmiah jalinan sama dengan pihak-pihak luar umpamanya pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Pengajian Islam, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Guru-guru Ugama dan Penduduk-penduduk Kampong.

Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan sepanjang cuti tersebut dan untuk muatan blog kali ini, aktiviti Pameran Ajaran Sesat telah dipilih untuk bahan terbitan minggu ini. 

Pameran tersebut merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Masjid Kg Panchor Murai & Persatuan Hal Ehwal Pelajar KUPU SB iaitu Melalui Mahasiswa/i Diploma Perguruan Ugama Jurusan Usuluddin 08 dengan kerjasama Bahagian Kawalan Aqidah, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Suasana sekitar majlis pembukaan


Pameran ini cukup bermenfaat bagi seluruh umat Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam ini dan perkara ini merupakan salah satu tanggugjawab Mahasiswa/i KUPU SB untuk memikulnya.  Oleh sebab merasa terpanggil dan juga merasa bertanggungjawab di atas permasalahan tersebut, maka sekumpulan Mahasiswa/i yang mengikuti Program Diploma Perguruan Ugama 08 jurusan Usuluddin yang diketuai oleh Awg Ishak bin Ahmad telahpun berjaya mengungkayahkan Pameran Ajaran Sesat yang berlangsung di Masjid Kg Panchor Murai pada 26 Rabiulawal 1431 bersamaan 12 Mac 2010.  Alhamdulillah pameran tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Syabas dan tahniah diucapkan.


Tetamu Kehormat dan juga pengunjung-pengunjung berkesempatan menyaksikan pamiran tersebut dan mendapat sedikit penerangan daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pameran tersebut.
Tetamu Kehormat Yang Mulia Awg Haji Sham Bin Amin
Ketua Bahagian Bimbingan & Latihan,
Jamie' Asr Hassanil Bolkiah,
Jabatan Hal Ehwal Masjid.
KHEU.


Ahli-ahli Jawatankuasa Pameran bergambar ramai bersama dengan Tetamu Kehormat Majlis.

No comments:

Post a Comment