Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Monday, March 15, 2010

Peserta Qariah KUPU SB Mengharumkan Nama KUPU SB

Buat julung-julung kalinya Universiti Islam Sultan Sharif Ali  (UNISSA) menganjurkan Musabaqah Tilawah Al Quran, Hafazan Dan Tafsiran. Bagi Institusi-institusi Pengajian Tinggi Negara Brunei Darussalam, bagi tahun 1431H bersamaan 2010M sempena Ulang tahun ke 3 penubuhan UNISSA, yang telah berlangsung di Dewan Raya Radio Television Brunei.

Alhamdulillah pihak KUPU SB telah pun menghantar 2 peserta yang terdiri daripada Awg Mohamad Nordin Bin Hj Mohammad sebagai peserta Qari dan Dayang Fairuz Audadi Bte Hj Abu Bakar sebagai peserta Qariah.

Kedua-dua peserta tersebut telah berjaya mengharumkan nama KUPU SB iaitu bagi peserta Qari telah mendapat tempat ke 3  dan peserta Qariah pula telah diumumkan sebagai Johan pertandingan tersebut bagi kategori Siswi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta tersebut.


Gambar-gambar yang sempat diambil sewaktu pertandingan dijalankan






Johan Qariah
Yang Mulia,
Dayang Fairuz Audadi Binti Hj Abu Bakar
Mahasiswi Tahun 2, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Jurusan Usuluddin.

Johan Qariah Membawa Pulang Hadiah:
Wang Tunai $1000, beserta piala, sijil penyertaan dan 1 pakej umrah.


Tempat Ke 3


Yang Mulia,
Awg Mohamad Nordin Bin Haji mohammad
Mahasiswa Tahun 2, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Jurusan Usuluddin.

No comments:

Post a Comment