Free Layouts for MySpace

I made my layout with the Myspace Background Maker. Get myspace layouts, graphics, and flash toys at pYzam.

Wednesday, February 17, 2010

Enam pelajar KUPU SB meriahkan Kuiz Cerdas Pantas

Dipetik daripada:
Media Permata,
Keluaran Selasa 16hb Februari 2010
Oleh Mohamad Asyramisyanie
.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Enam pelajar dari Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini terlibat dengan rakaman Kuiz Cerdas Pantas sempena Hari Kebangsaan Brunei ke-26.

 
Kuiz berkenaan merupakan anjuran Nasional FM terbitan Harun Haji Hidup dibantu Fidah Zurainie Haji bujang di Studio A Radio Televisyen Brunei (RTB) di ibu negara.

 

Pengendali kuiz Cerdas Pantas kali ini, Fakhrul Razi Haji Ibrahim, pada mulanya memperkenalkan pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Nyiru, Belatak dan Tekiding.

 

Menurut penerbit, nama yang dipilih untuk kuiz itu adalah bersempena nama produk Majlis Perundingan Kampung dalam Anugerah Kampung Cemerlang yang di adakan baru-baru ini.

 

Selain itu katanya, penerapan pendidikan keagamaan di negara ini adalah suatu kepentingan dan sehubungan itu juga pelajar KUPU SB dijemput menjayakan kuiz yang lebih cenderung kepada perkembangan dan pendidikan Islam di Brunei.
Acara hari ini diserikan lagi dengan persembahan muzik dan lagu yang menarik daripada kumpulan Irama Bahtera selain dimeriahkan dengan pelbagai lagu patriotik negara Brunei termasuk Sedia berbakti ciptaan Awangku Amilin.

No comments:

Post a Comment